Paul si TUKANG TILIK
source :berita harian
Paul jadi tumpuan selepas ramal Jerman tewaskan EnglandMANUSIA sememangnya diakui makhluk paling pintar dijadikan Allah SWT dan kedudukannya jauh lebih mulia berbanding haiwan. Namun, selain akal yang dikurniakan kepada manusia, ada keistimewaan milik haiwan yang sedikit sebanyak masih menjadi tanda tanya kepada saintis yang jelas satu misteri yang sukar dirungkai.
Dengan disaksikan ramai, sotong diberi nama ‘Paul’ itu yang menghuni Akuarium Oberhausen di Jerman, itu tanpa ragu-ragu memilih tong bertanda bendera Jerman berbanding bekas ditampal bendera England, beberapa hari sebelum perlawanan Isnin lalu. Malah menurut pemiliknya, Tanja Munzig, sotong berusia dua tahun itu dapat meramalkan keputusan perlawanan membabitkan Jerman di Afrika Selatan dan setakat ini semuanya tepat.
“Ramalan Paul satu menakjubkan. Ia berenang ke arah bekas yang bertanda bendera Jerman, memanjat dan menutup bekas itu sebaik ia duduk di dalamnya,” kata Munzig.
Sotong dilahirkan di United Kingdom dan dipindahkan ke akuarium itu turut menjadi selebriti dalam sekelip mata selepas meramalkan dengan tepat kekuasaan Jerman mengalahkan Australia dalam perlawanan pembukaan, kemudian kalah kepada Serbia sebelum menang dengan Ghana.
Hakikatnya, Paul bukanlah haiwan pertama yang menjadi rujukan untuk sebarang ramalan kerana rujukan terawal mengenai tindak tanduk pelik haiwan sebelum terjadinya gempa bumi ialah di Greece seawal tahun 373 Sebelum Masihi.
Cerpelai, ular dan lipan dilaporkan meninggalkan habitat masing-masing dan menuju ke kawasan selamat beberapa hari sebelum gempa bumi dahsyat. Bukti juga menunjukkan haiwan seperti ikan, burung, reptilia dan serangga mempamerkan tindak tanduk ganjil beberapa minggu sehingga beberapa saat sebelum bencana itu berlaku.
Bagaimanapun, konsisten dan kebergantungan kepada tindak tanduk sebelum kejadian dan mekanisme menjelaskan bagaimana ia berfungsi masih membingungkan manusia. Saintis di China dan Jepun masih berusaha merungkaikan misteri itu.
Dalam kertas kerja terbaru yang disiarkan dalam jurnal saintifik di Amerika Syarikat oleh saintis pada tahun 2000 menyatakan semua gerak hati haiwan memberi reaksi untuk melarikan diri daripada pemangsa dan meneruskan hidup.
Sekumpulan besar haiwan bertulang belakang sudah pun menunjukkan tindak tanduk ‘amaran awal’ yang difahami manusia untuk beberapa jenis keadaan. Jadi, ada kemungkinan reaksi melarikan diri daripada gempa bumi terbentuk daripada genetik sedia ada ini.
Bagi umat Islam, kesimpulannya amat mudah kerana ia adalah tanda kebesaran Allah SWT yang tidak akan menjadi sesuatu di dunia ini tanpa ada tugas dan fungsinya. Tanpa akal sekalipun, haiwan mempunyai tugas masing-masing dan mungkin antaranya ialah memberi amaran kepada manusia dengan cara tersendiri.
ps: Paul ni jugak ramal dgn tepat kekalahan Argentina kpd German.huh(tensen plak bile Argentina kalah ni :( .unbelievable??tepuk dada tanyalah iman..anggaplah sbg salah satu tanda kebesaran Allah :)
Comments
Post a Comment