Raya dan aurat

Aurat lg??mesti boring kan dgr blog ni asik citer pasal aurat je.hehe.ntahla,sy mmg sensitip sket tgk rakan-rakan muslimah sy tidak menutup aurat.sensitip.xsolat pon saya sensitip.tp xpandai nak tegur.sy tepek kat blog je.moga ade yg sudi membaca dan sama-sama berubah dgn sy.:D.sy hanyalah insan yg kerdil lg hina,sentiasa mebuat kesilapan.semoga Allah terus menerus membimbing sy  dan kite semua ke jalan yang diredhaiNya.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."



Surah Al-Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "


Surah Annur Ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


hrmmmm,dah nak dekat raya ni mesti semua dah xsabar nak berkumpul dgn keluarga tercinta.hehehe.termasuklah sy.tapi ingat raya raya jugak,aurat tetap kena jaga.barulah suwittt.:D

dekat kampung nnt,sure ade abang ipar,adik ipar lelaki,biras lelaki (ni yang tido kat umah mak bapak kitela) + jumpa cousin lelaki pun same jugak deme ni bukan ajnabi kite tau,so tutuplah aurat semasa adanya mereka2 ini,even dalam rumah,bertudung dan berbaju lengan panjang wajib tau sayang2 semua.kite kena tutup aurat,sbb Allah suruh,n klu x buat dosa kite pon akan turut ditanggung suami,abah dan saudara lelaki kite.xkesian ke kat deme tanggung dosa kite?mesti tanak kan kan?kite syg kat deme ni,so jomlah kite sama2 jaga aurat kite. :D

ha,lg2 klu kite yg perempuan ni kena tido kat luar bilik tu,pakai jela tudung n baju lengan panjang mase tido tu.bukan susah pon.klu panas?ingat neraka Allah lgi panas tau.:P.hehe,dah terpaksa tido luar kan,aurat tetap kena jaga.krg dibuatnye abg ipor kite keluar nak minum air ke,klu nmpak kite semedang je tayang rambut xke malu.dahla sekali aksi kuak lentang sume keluar sekali.huuu alah bisa tegal biasa,memula mmg susah nak buat,lame2 kite akan rase xselesa klu bukak aurat depan bukan ajnabi kite :)




Semoga raya kita nnt dipenuhi barakah.

Daa :)

Comments

Popular Posts