Tuesday, November 27, 2012

Babywearing

I loooove babywearing.Why?Because I get to hold and be so closed to my child.Best sgt!!.leh cium selaluuu.hehe.


Pouch (My Lovely Closet)


  • Beli masa preggie lg
  • Sesuai utk newborn
  • Nak BF smbil pakai ni pon boleh
  • Beli online taaapi harga
  • tersalah size(mind u,klu nak beli pouch kena betul2 ukur size kite ye)
  • best la jugak,cantik n baby pon ok je duk dlm ni.cuma maknya dah makin besor so xleh muat dah pouch ni.kekeke.
  • Nak letgo xde org nak beli pun,xpe2,nnt kite kasi kat adik2 i yg kuwus2 tu.hehe
Ring Sling aka RS
  • Beli kat One Baby World 
  • Jenis murah aje < RM100 jugak
  • I loveeeeee RS
  • Sangat mudah n senang
  • Banyak position leh wat
  • N position dlm gambo atas tu,(tummy to tummy) mmg paling meletop
  • Why?coz baby rase cozy je cm dlm perut ibu gitu
  • Leh BF sambil jalan2,leh tgk Youtube for more info about the technique
  • n mmg akan digunakan lg utk adik kekep.hehe.
  • Skrg kekep dah besor,dah terase tulang temulang i berat die klu carry pakai ni
Soft Structured Carrier (SSC) .ni Merak SSC name die :D
  • Ni the latest Babywearing Gear I have.hehe.Ummi xsempat nak bercamwhoring lagik ngan ssc ni.hoho
  • Merak SSC ni dibuat oleh NeezaNeedles
  • bestttt sgt sgt sgt sgt
  • alhamdulillah,akep nak duduk dlm ni
  • berbaloi investment ummi.hehe
  • price die agak pricey,sama cam lebih kurang stroller je rege die
  • tp mmg senang pakai ni,sesuai utk ibu2 shopping smbil berbabywearing.hehe.sbb tgn kite free
  • kite beli toddler size(2-4 yrs old),ikutkan si akep ni dah pandai jln,tp suke lari laju sgt smpai xterkejor dah ummi abi 
  • so selalunye klu kat mall tu ,tgk keadaan la,klu die dah penat lari n nak berdukung,so bwk keluarla merak ni
  • easy peasy,he loves to be inside the ssc.
  • lagi satu berat die dlm 10kg lebih,bile pakai ni xrase pon berat die.amazing!!! :D
  • xdela anak ummi ni hilang dr pandangan klu die ade dlm ni.seriau oo klu anak hilang
  • n yang penting ini bukan crotch carrier - sile google bahaya crotch carrier ini - i have one crotch carrier actually,hehe.tu sblm ade ilmu.now I know croth carrier is not good for your baby.
  • owh leh jugak BF dlm ssc ni..skill kena ade beb.huuu

akep ni ade stroller jugak,tapi die xsuke sgt duk dlm stroller.meraung-raung nak keluar so babywearing is my solution to it.stroller pakai kdg2,n usually mase die tido baru boleh letak dlm tu.So guys moh kite berbabywearing sbb babywearing lebih mesra alam untuk anak-anak kite.cewahhh.k  sekian dulu entri untuk ibu-ibu ya.ciao!!


Friday, November 16, 2012

Lauren Booth

who is she? go n google urself . she told me great stories about Palestinians n I heart it . read her blog . Inspiring

http://lauren-booth.blogspot.com/



Friday, November 9, 2012

Mari Belajar Bahasa Akeef Part II

- Nene
ini ialah tanda si budak mau susu ummi die

- Shushu
susu botol

- Anak
tak nak

- Nak
nak la maksud die

- Apple

Bag

- Cat
cara pronouce macam cat (paint ) tu.huu

- Velop
envelop

- Bella
Umbrella

- Iyek
means poo poo or something that disgust him :D

- Mut
akep geli ngan semut(abi la ajor ni.hadui)


Tuesday, November 6, 2012

Mari Belajar Bahasa Akeef

- Allah
ini di imitate dr umi abi waktu solat,mase nyanyi qasidah Ya Hanana,kdg mase terjatuh bende ke terkejut  ke,he said Allah jugak.n when he sees masjid kat mana2 he will said Allah Allah.:D

-Bird
one of the most favourite word die kot.hari2 bird,sbb kekep suke tgk video angry bird

-Star
ni belajar drp lagu twinkle2,opah ajor.english education sgt!!haha(eh opah kekep english tce la)

-Ayaq
means airla.xtaula hang belajaq mana kekep,umi abi paggil air die still ckp ayaq ayaq

-Uddda Jatu
means udah jatuh...ditiru drp mak2 sedare dan bapak sedare kat tepeng mase brg dah jatuh.

-Ayam
akeef's fav food,rase mcm sume mknan die panggil ayam kot..haaa skrg dah pandai buat bunyi ayam uu uuk uuu.

-Houshe
bahasa omputihnye house,he will point to the houses around while we were in the car.

-Khar
meaning = car

-Cek
means cake

-Phant
means Elephant

-Lion
and he will said Aumm afterwards.hehe

-Wower
meaning flower

dahla tu...banyak dah kekep tau..pasni kite smbung belajaq lagi yek.:D



Ayaq!! budak busyuk ummi dah setahun 7 bulan.besar dah kan.



Friday, October 12, 2012

Am I That strong?

|

|

|

|

|








Allah nak bagi rezeki and at the same time dlm rezeki itu terselit ujian.Persoalannya am I capable enough to go through it.Ya Allah  berikan kami kekuatan untuk mengharunginya Ya Allah ...


Tuesday, October 2, 2012

Rindunya Ya Allah


Ya Allah sampaikanlah aku dan juga keluargaku ke sini lagi Ya Allah. Teringin sgt nak pergi dgn Abi dan Akeef  T_T


Friday, September 14, 2012

Anak adalah anugerah

erm,sedih bile dgr anak rakan sekerja yang baru seminggu kembali bekerja terlantar koma di hospital.

bayangkan baby 3 bulan.selalu dgr baby tersedak susu meninggal kat taska kan.ni kat rumah pengasuh.

anaknya mengalami brain damage dan sekarang masih lagi di wad ICU Hospital Putrajaya.Lebih terkilan lagi

pengasuhnya tidak memberitahu ibunya ,yang anaknya tidak sihat spanjang ibunya sedang bekerja.

Semoga Allah menyembuhkan anaknya seperti sedia kala.Allahuakbar.Ngeri mendengarnye.Ya Allah

lindungilah anak-anak kami walau di mana mereka berada.Untuk semua ibu bapa di luar sana mari kita

amalkan doa ini setiap kali kite meninggalkan mereka untuk bekerja.








Thursday, September 6, 2012

mood mad eye moody?hehe

Ya Allah hati resah gelisah :( lots n lots of things in my mind. T_T .Give me strenght Ya Allah.


Monday, August 27, 2012

raye oh raye 2012

Selalu anak-anak kecil yang tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif. Benarkah mereka ini hyperaktif atau sebenarnya hanya aktif dan pelajar kinesthatik (belajar dgn cara membuat).

Anak kecil sememangnya aktif kerana mereka tidak ada beban emosi yang menghantui mereka. Badan mereka juga kecil untuk mereka bawa ke sana ke mari. Jadi untuk mereka bergerak adalah senang dan mudah bagi mereka. Ser
ta mereka ada banyak tenaga untuk digunakan.
jika anak anda suka bergerak, memanjat, melompat terutamanya lelaki, jangan terlampau cepat menamakan mereka hyperactive child. Hyperactive is a medical condition. Most children are just intelligent and have lots of energy to dispose. So that is why they are very active. : )

Encourage your children to walk, run, jump as much as they need to. And of course before that ensure safety.

Sitting down and reading from books is not the only way children learn.

Love : ) - Prof Dr Rozieta Shaari

hehe,Salam Lebaran sume.dah bace quote diatas?hrmmm,raye ni Akeef Zubayr mmg xreti duduk diam,so I found this status on FB,love it,so I post it on my blog.

sedih if anyone ckp my boy buasla,ganasla.:(.rase cam xreti ajar anak.oh my!!..sy,abi dan akeef still in learning process.The fact is Most children are just intelligent and have lots of energy to dispose. So that is why they are very active. : ).sile maafkan kami ye.peace ya'all.



Thursday, August 9, 2012

Raya dan aurat

Aurat lg??mesti boring kan dgr blog ni asik citer pasal aurat je.hehe.ntahla,sy mmg sensitip sket tgk rakan-rakan muslimah sy tidak menutup aurat.sensitip.xsolat pon saya sensitip.tp xpandai nak tegur.sy tepek kat blog je.moga ade yg sudi membaca dan sama-sama berubah dgn sy.:D.sy hanyalah insan yg kerdil lg hina,sentiasa mebuat kesilapan.semoga Allah terus menerus membimbing sy  dan kite semua ke jalan yang diredhaiNya.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."



Surah Al-Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "


Surah Annur Ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


hrmmmm,dah nak dekat raya ni mesti semua dah xsabar nak berkumpul dgn keluarga tercinta.hehehe.termasuklah sy.tapi ingat raya raya jugak,aurat tetap kena jaga.barulah suwittt.:D

dekat kampung nnt,sure ade abang ipar,adik ipar lelaki,biras lelaki (ni yang tido kat umah mak bapak kitela) + jumpa cousin lelaki pun same jugak deme ni bukan ajnabi kite tau,so tutuplah aurat semasa adanya mereka2 ini,even dalam rumah,bertudung dan berbaju lengan panjang wajib tau sayang2 semua.kite kena tutup aurat,sbb Allah suruh,n klu x buat dosa kite pon akan turut ditanggung suami,abah dan saudara lelaki kite.xkesian ke kat deme tanggung dosa kite?mesti tanak kan kan?kite syg kat deme ni,so jomlah kite sama2 jaga aurat kite. :D

ha,lg2 klu kite yg perempuan ni kena tido kat luar bilik tu,pakai jela tudung n baju lengan panjang mase tido tu.bukan susah pon.klu panas?ingat neraka Allah lgi panas tau.:P.hehe,dah terpaksa tido luar kan,aurat tetap kena jaga.krg dibuatnye abg ipor kite keluar nak minum air ke,klu nmpak kite semedang je tayang rambut xke malu.dahla sekali aksi kuak lentang sume keluar sekali.huuu alah bisa tegal biasa,memula mmg susah nak buat,lame2 kite akan rase xselesa klu bukak aurat depan bukan ajnabi kite :)




Semoga raya kita nnt dipenuhi barakah.

Daa :)


Thursday, August 2, 2012

Turn Balik Kampung?

huiyooo,title ni leh menggelegak jiwa raga ooo klu laki bini xdpt nak capai kata sepakat utk balk kg masing2.hoho.relax beb relax,chill!! :D

as for me,mmg sejak dpd lum kawen dah buat MoU.cewahhh..kite start dulu dpd kampung MZ sy  .huhu.maklumlah syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami.mestilah kite ikut kan.kitrg laki bini kampung jauh2.so kenala sepakat membawa berkat.cewahhh.Raya Pose tahun first tu turn MZ blk Kelantan dulu pastu baru le balik Tepeng.Then Raya Haji turn Tepeng dulu baru Klntan.tp kalau Raya Haji ni cuti sikit je so selalu balik satu kg je.(ikut turn la) ..hahaha.baik x kite?huuu.

Pengalaman raya tahun first sbg suami isteri ,MZ xdpt cuti raya 1st tu,so kami beraya di KL dulu pastu baruuu heading balik Kelate.Dah turn die kan,kite kena la ikut.Lagipun nak btau kawan2,kite ni kahwin bukan dgn suami kite je tau...kite dah kahwin dgn seluruuhhh keluarga die jugak..ini bukan penyatuan hanya dua hati tapi beratus2 hati.Walaupun sedih xdpt nak raya bersama dgn family tercinta,tapi MoU tetap Mou.hehe.Lagipun dapat jugak merasa suasana beraya di tempat lain x gitu.Xkan tiap2 tahun nak beraya kat kampung kite je.Melampau tu.X baik,sian suami kite kan kan..Raya x bermakna bagi saya kalau suami dan anak tiada di sisi. :D

:) hanya nukilan dan coretan hati nurani beta...Mak,Abah n Adik-Adik Kak Long tunngu org balik Raya Ketiga ye InsyaAllah...Till Then,Habiskan dulu Puasa Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah,berganda-ganda pahalanye..rugi ooo klu xbuat .Peringatan ini termasuklah untuk org yg menulis entry ini.huuuu



Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan buffet yang megancam!! :D

mmg sy tgh tercari-cari la di mana nak berbuka dgn family tersayang.selalu bukak pose kat restoran2 je.
kali ni nak ubah angin berbuka buffet.cadangnye nak berbuka di hotel.taaapiiii,adoyai sangatla mahal if nak ke hotel tu.baucer murah2 sume sudeh terlopas.so, cari punya cari punya cari, terjumpa la

ten ten teng



SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN


Murah kan kan?affordable ah, hanya RM 49.50 nett utk dewasa dan RM 24.50 utk kanak-kanak (7-12) tahun.
untuk akep bombom sy of kos la free sbb die baru setahun lebih.huhuhu.save budget ummi.

lagi lagi,buffet ni dibuat di Dewan Banquet UPM Serdang,dekat aje dgn rumah sbb tu senang nak pergi.
wohooo best best.lagiii best sbb dlm dewan yang ber air cond dan luas dan surau disediakan (ini sgt penting,makan,makan jugak solat harus dijaga)oihh pantang oii tu.solat itu tiang agama!!!!

ruang solat lelaki

ruang solat perempuan


apa yang special kat sana? wooooo,ade daging kambang ooo (eh silap) daging kambing panggang dan ikan panggang oooo..slurp slurp tidak terliurkah anda semua.lagi2 MZ sy sure terliur la,sbb mmg favourite die kambing panggang.syiokkk.

kambing dah tergolek.WOW!!

bgi yg xmkn sgt kambing cam sy ni.uuuu,jgn risau 200 lagi makanan ade.lagi WOW!!hehe


 utk maklumat lanjut kome2 sume leh jenguk kat FB Ramadhan Buffet MAEPS n klu nak book lehla contact 012-3903191,012-3825091,012-3131091,012-3849091.

Peta ke Dewan Banquet UPM Serdang. Selepas Hospital Serdang (Sebelah Kiri), masuk ke susur kiri - UPM/ SERDANG/ SERI KEMBANGAN. Ikut susur kiri turun ke Lebuh Silikon (UPM). Simpang 4 masuk ke kiri dan akan jumpa pintu 8, UPM. Banting deme ni berada di sepanjang jalan menuju ke Dewan
ape lagi weyh,kome kome sume,moh kite berbuka kat sana moh!





Sunday, July 1, 2012

BRAVE

Are you brave enough to bring ur lil child who is only 1 year ++  to watch a movie at the cinema?


hehe.dah 3 trial dah setakat ini. ( well cos tgk wayang are our hobbies,susah nak tgl) :p
the first one kat alamanda umur bape bulan tah,berjaya sbb he slept all the way till the movie ended.
but the second one gave me nightmare.sempat tgk half an hour je movie then he started to cried and i tried to consoled him by giving him his "candu" but to no avail . while abi enjoying his movie, i struggled to consoled him sampai nk dekat 1 hour duk kat luar wayang tu.sengsara!! lastly call abi,kite blk jela. xsempat hbs pon muvi tu. starting then, i became picky when we want to watch a movie at the cinema.

the third one which happened only a few hours ago.was a success.yay!! our strategies :

  • choose a cinema who has a couple seat or pick the last corner seat ( utk memudahkan proses nak keluar if anything happen)
  • haaa,cite yg nak ditengok tu pun,citer katun la,senang bg die leka.(but in my case ,die fokus tgk sekejap je,pastu sure boring jugak)  so
  • pilihla waktu cam kul 12 am ke g tgk muvi,time die sng tido.kekeke
  • try tidokan die sblm tgk muvi,if x berjaya bg die round satu mall.kac penat.then insyaAllah dlm wayang die leh tido punye dek penat main td.jgn mak bpk bantai tido same sudah,rugi duit meh.huhu
okeh title BRAVE to sebenonye sbb baru lps tgk cite BRAVE.awesome threesome ah.lg ooosemmm sbb akep tido dgn nyenyaknye.hehehe.besttttttt sgt cite ni.ade comedy,adventure n sad elements.best best best


Sunday, April 15, 2012

Finally!

Alhamdulillah thank you Allah ,the moment we've waited for finally came.
At 1 yr and 10 days  ( 15.04.2012)our Akeef Zubayr have finally taken his very first steps in front abi n umi.
We are sooo proud to witness this memorable event.hehe.but sadly we have not taken any photos.It happened too fast,just a few steps only.haha.Then he stopped.Tired kot.huu.will take pictures next time ya!!.
I wrote bcoz I want to remember the date of his first step.So Akep,Congrats!!!

this is when he can stand up on his own



Thursday, April 5, 2012

his First Birthday!!!

Hari ini di waktu ini 9.28 am,
umi dah admitted ke labour room dah.kena cek bukaan sajer.ouch.!!haha.

but I was sooo excited to see how u look like my dear son n at 12.50 pm u were born n it was the happiest moment ever for both of us ( abi wa ummi).n during the years you have made us laugh,smile and even break our tears.Because we love u so much my dear.we love u.we even willing to sacrife our life for u tau.:) 

Semoga Akeef Zubayr B Muhammad Za'im Zaki ini dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,dilindungi Allah selalu,diberi kesihatan yang baik,jadi anak yg taat pada Allah dan Rasul,anak yg mendengar kata umi dan abi,moga jadi Alhafiz satu hari nnt n jadi org yang menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.

You are "my precious" ,"my precious"sile sebut mcm Gollum LOTR sebut.haha.saaaaayang Akeef sgt2 tau .mmmuah mmmuah mmuah..:D


1 day young
1 yr younger :p
05.04.2011-05.04.2012
ps : i feel blessed coz he still wants to breastfeed until now.alhamdulillah.moga susu utk Akeef ade smpai Akeef 2 thun ye :)
this song is for u Akeef coz u'r the number ONE for me.-tukarla lirik die tu,nnt besar nnt akep nyanyi tuk ummi lak ye :P k



Tuesday, March 20, 2012

ceritera ustad don akep :P


lame sudah tidak hapdate pasal anak kesayangan ambo ini.huhu

setakat 20.03.2012 , at 11 months yo ++ he can :

  • crawling started at 7-8 months
  • cruising started at 8 months
  • climbing the sofas n chairs n beds etc started at 10 months
  • clapping his hand n open n close his hands @ 11 months
  • sitting on his own @ 7-8 months
  • n now can standing up unsupported yet umi still waiting patiently to watch his very first steps (cant wait)huhuhu ~ xpela lambat pon akep umi dulu 1 yr ++ baru jln.caiyokkk akep u can do it!!hehe
  • abi he said aba aba umi he said ma ma ma ma,nak susu also ma ma ma ma plus ehe ehe ehe.huhu.kiut ah..cant resist the cuteness of this lil boy.mau geget2 die.:D
  • mkn sume mau,mcm org beso sudah,tp got allergy on egss n chicken,hopefully alergik mase kecik je.  





     till then tq for reading this entry .(haha,de readers ke haku? ) kekeke..but anyway tq :)


Monday, January 16, 2012

The truth

bf or bff (breastfeeding forever) - 2 years la tu.hehe.

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
-Surah AlBaqarah ayat 233.

ok,ayat kat atas dah terang2 btau kat kite ibu ibu HENDAKLAH menyusukan anak2 mereka selama 2 tahun tapi jangan sampai parent tu menderita susah plak nak kac susu tu.hrmm bg saya kite mestilah berusaha  dulu,klu xleh sgt baru kite cari alternatif.as for me,mmg sampai dah xlarat usaha,cari milk booster mcm2,pam mmg tiap2 ari.tp agaknye lama2 consistency nak mengepam tu kurang so susu tu mmg merudum dgn teruk.sgt teruk T_T.sedih.sobs..sobs.susu mmg dh kurang since Akeef 4 bln lebih,xleh nak cope ngan demand Akeef yg sgt bnyk minum,sehari sy tinggalkan die kat taska dlm 6.30pg hingga 6 ptg,he will drank 20oz .sangat bnyk sdgkan production seharian hanyalah 12-15oz.disebabkan itu sy desperate mencari ibu susu utk my dear.bcoz sy percaya susu ibulah yg terbaik utk anak sy.

alhamdulillah,Akeef dapat minum secara eksklusif susu ibu sehingga umur 6 bulan lebih.but then saya segan nak mintak susu dpd ibu2 susu Akeef ni.Walaupun drg ni xkisah pon klu sy mintak lg.(I've met with these two lovely person,Tasha n Pa'a) yg sgt baik hati mendermakan susu drg.Sampai skrg kami masih berhubung,semoga ukhuwwah yg terbina terjalin hingga Jannah.Amin

but now.....Akeef dah merase susu formula.xpela nak.at least dlm sehari ummi tinggalkan Akeef ,ade jugak ummi tglkan sisa2 susu ummi ni untuk Akeef syg,n he just drank dlm 2 botol je susu fm tiap ari.(sy dh penat mode).huhu.
eh eh tp mommies kat luar sana jgn tiru sy k.keep feeding ur child till he's 2 year old.Ape yg Allah suruh tu pasti banyak khasiat tersembunyi.bagilah anak susu ibu selagi boleh dear mommies.galilah ilmu ttg BF ni.sbb tanpa ilmu kite boleh jatuh kecundang.-mcm sy. :(.skrg ni Akeef still direct feeding ngan sy mlm2 n waktu cuti.so susu tepung sekotak yg harga dlm RM30+ tu lehla tahan sebulan.klu bb yg minum susu fm saje rasenye sekotak tu thn seminggu je.jimat jugak lg.:)

n  alhmdulillah he still prefer my milk,hoho.balik keje mesti mau ummi.klu tgh main tibe2 merengek n dtg merangkak terkedek2 cari ummi n then gesel2 bdn kat ummi with his sound,"ehe,ehe,ehe" then I know what he wants.so cute this little gift that Allah have given us.

Last but not least hope Allah permudahkanlah our BF journey.Adakanlah susu untuk ummi Akeef ini hingga Akeef berumur 2 thun.Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

look at his eyes -mesmerizing isn't it.Subhanallah  ~ taken while I was BF him.


Thursday, January 12, 2012

this is life

semalam dpat satu news yg xbest drp my  family.rase mcm dlm drama.ade jugak manusia yang hati kering cmtu.hoho.sgt bengang,sgt terkilan.sgt sedih dengar perkhabaran itu.moga kami tabah menghadapinya.Biarlah Allah membalas apa yang telah dilakukan.

As my mom said,biarla org buat jahat kat kite,kite kena redha n always do good no matter what.hoho.sy xsebaik mak sy.sbb sy sgt sakit hati.mulut ni nak mengomel je psal org tu.smlm,sakit jiwa seharian teringat pasal bende ni.:(Ya Allah berilah kami kekuatan dlm menghadapinya.Kami hanya hambaMU yg lemah.walaupun bukan sy yg kena tp cubit paha kiri paha kanan terasa tau.org sakiti org yg kami syg dan semoga die terima balik balasan setimpal ngan ape yg die buat kat kami.mcm cite karma tu.huhuhuhu.gerammmm sgt.!!!!

but still there's a good thing behind those not so good story,kitrg xdela tgk muka die dah.sori.hehe.lega at one side.sgt xsuka tgk muka die.benci tahap impak maksima.huehuehue.:P

I love my family so much!!!


 
blog design by suckmylolly.com