Wednesday, October 19, 2011

Happy Birthday To YoU!!!!

I may not have lots of money,but I do have lots of love for you <3 Happy 26th Birthday my dear hubby.Hope Allah bless our marriage till the end of our lives.

p/s : belated actually..hehe.17 Oct 1985 - 17 Oct 2011. yay~ kite dah same umur.walaupun u look like 29 years old kan syg???kekekeke.


Friday, October 7, 2011

Akeeeeeeeeeeeeeeeefffff!!

BoBoBoi Ummi.okeh sgt rindu kat budak tecit ni.every sec rindu kat die.balik keje je mesti nak gomol ini budak.most of my life will circle around this lil boy.ummi gerammmm nak gigit2 akeef.hahahaha.

xsabar nak hantar Akeef dekat taska opis ummi.rindu je Akeef ummi leh jenguk Akeef,dlm satu bangunan je kan.hehe.harap2 dptla masuk nursery tu nnt ye Akep.leh ummi direct feeding Akep.xdela ummi susah2 nak pam mcm skrg.hehe.Currently Akeef dah 6 months young,hihihi.belum start solid secara berat,ummi baru kac fruit n vege tru food feeder,but this lil boy tamo hisap.okies tgu esok,ummi buatkan bubur nac ye syg.dahle berat Akeef turun bulan ni.risau2.mmg kena start mkn.huhu

ade satu cite,hehe.baru2 ni sy dah kehabisan stok EBM sbb hari2 bwk kuar tp x topup EBM tu blk sbb my susu xde bnyk mane,n sy sebenarnye dah siap2 belikan FM tuk my lil boy.Pesan sy pd his nanny,klu xcukup EBM sy tlg bg die FM ni eh,bile x cukup je tau.
n surprisingly Akep buat catuan susu,mcm tau2 ummi die dlm kesusahan.Akep2,pandai anak ummi ni.xberusik langsung FM tu smpai skrg.clever boy dear Akeef.MMuahxz utk anak bujang sy yg sorang ni.:D


Wednesday, September 28, 2011

hrmm aurat seorg muslimah...

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud
huuu pertama2 sekali sy bukanlah calon ustazah pilihan yg pandai bab2 agama ni.huhuhu.tp dpd pemerhatian sendiri n kdg2 rase xbest bile nampak wanita muslimah ni suka2 hati pakai tudung on off.hati panasss.huuuu.tp xberani nak tegur.so kite tegur dlm blog jela ye.hehehe.sy pun bukanla org baik mane pun tp kite sesama muslim kan elok tegur menegur ni utk kebaikan bersama.:D no offense k.byk kategori ni.huhu..ini antara contoh2nye ye :P

  • pakai tudung tp pakai baju lengan pendek n baju ketat.haiihhhh.bukan menutup aurat namanye tu dik oiii.
  • klu org bukan muhrim dtg ke rumah,x tutup aurat.aikk ade ke dlm quran or hadis ckp dlm umah xyah tutup aurat klu ade lelaki bukan muhrim?
  • pegi jln or g mane2 dah ok dah tapiii g mandi manda kat tempat public tak pakai tudung plak dah..aiyooo,sedih la tgk :(
  • hrmm lgi klu ade abg ipar or adik ipar,die bukan muhrim kite tau.kite wajib tutup aurat kite depan die.so tlglaaa jaga aurat kite.1 helai rambut 100 dosa kite dpt klu org tgk.cubala kire rambut kite banyak mane yang.sedey sedey..
nota kaki : ini peringatan utk diri sendiri gak sbb sy jgk manusia biase .hehe.so ladies jom sama2 tutup aurat k!! :)

kan manis bile menutup aurat begini


so sweet kan wardina.ayuuu sgt!!


Tuesday, September 6, 2011

Akeef's milestone

3 months old  - dah pandai sembang n senyum

4 months old - lg kuat sembang n suke bile diagah,pandai rolling2

5 months old - sudah pandai nerap.yay!!(ade budak 3bln dh leh nerap,xpe akeef,ummi 6 bulan bru pandai
 nerap) so akep lg terer.hehe

n dah pandai makan aiskelim.(erkkkkk,ni auta saje)aipppp bulan depan baru leh stat mamam ye syg.huuuu


Friday, August 12, 2011

PELBAGAI INFO MENGENAI SUSU IBU

sekadar renungan.....

Susu ibu menyelamatkan nyawa

... Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

==============================​============================

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan
 
Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minom air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimkan oleh ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa Bayi yg minom susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit Vitamin A,B komples,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim 80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor Dari Sumber Majalah PA&MA 2008
@ Masthura Isa
==============================​===========================
SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..
Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami pertambahana berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini. Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan susuibu dpt dikekalkan.
Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar

Nurul Fatien
==============================​=====================


Tuesday, August 9, 2011

xsalah kot..

walaupun sy penyokong tegar susu ibu tapi xdela sy memandang sinis pd ibu2 yg bg FM tau.soriii byk2 klu entry sy ade yg mengguris jiwa.terus trg sy katakan yg sy pon mmg penah nak bg FM pd Akeef bambam sy tu sbb milk production yg tidak memuaskan sgt.no offense k,sy pon baby Formula Milk jugaklah..aiii baby dumex.hehehe.setiap ibu pasti tau ape yg terbaik utk anaknye kan kan???so peace ye mommies!!!

mase bf,mate anak tgk kite tu sgt cumil kan?hehe


Monday, August 1, 2011

Ibu susuan ^_^

breastfeeding mmg best tersangatla best sbb rase bonding kite dgn anak tu sgtla dekat.syg berlebih2.
tapiii..challenges jugak sgt bnyak.haha.terutama utk org yg kurang ilmu bf spt sy.hehehehe.

TIPS utk ibu2 yg tgh mengandung n tgh berpantang:

sila start ur pumping regime ASAP,2mgu after deliver ke?n walau penat camne sekalipun,silalah pump.huu.sbb sy dh terkena.seminggu sblm nak masuk keje baru nak kumpul stok,alih2 dpt kumpul 30 oz je n hambir hbs dh lps sebulan keje.jdnye skrg ni kais pg mkn kais ptg mkn ptg.

disebabkan MZ sy sgtla menyokong bf ni.huuu.die sgt melarang keras pemberian susu formula kpd Akeef.huwaaa,padahal sy sudah rase risau tersangat2 si Akeef ni minum banyakkkk.tu sbb bambam!!heee.

so,disebabkan terpaksa sgt2..takut bekalan susu si budak ni xcukup di bulan pose ni,sy telah mencari ibu susuan utk Akeef syg.ade 2 mummies yg sgtla bermurah hati nak donate ebm drg.terharuuu sgt..n thank you so much to Pa'a WawaNastasha Nordin untk pemberian yg sgt2 berharga utk Akeef.terima kasih sbb sudi terima Akeef jd anak susuan korg.n Akeef officially dpt seorang kakak (Husnul Iman Mohd Hafiz Muttaqin) n adik lelaki~yg beza 10 hari je dpd Akeef.hehe(Ariq Ikhwan b Mohamad Azli) namenye.

Utk anakku Akeef,selagi ummi n abi masih bernyawa,akan kami usahakan utk trus berhubungan dgn keluarga susuanmu supaya Akeef knl keluarga susuan Akeef.Akeef xleh kawen tau ngan kakak Iman n her younger sisters n the same goes to adik beradik Ariq Ikhwan sbb drg saudara susuan Akeef eh.

mungkin ade org x setuju kan ngan ibu susuan ni sbb susur galur die nnt,takut terkawen nnt ke ape kan?tp sy de wat backup ngan wat salinan IC n birth cert utk simpanan ibu susuan Akeef dan juga IC parent susuan Akeef ni sy simpan jugak utk ref Akeef di masa depan n also I have this blog for you to read later on my child.nnn tahukah anda yg Rasulullah saw jug mpunyai 2 ibu susuan Thuwaibah n Halimah.susu ibu adalah susu yg terbaikkkkkk di dunia dan apa salahnye kite wujudkan kembali tradisi di zaman nabi kn?kesianla kat ibu yg spt sy ni,yg kurang bernasib baik.walaupun begitu,InsyaAllah sy akan trus memberikan susu segar dpd ladang utk Akeef,susu EBM hanyalah utk backup n ummi Akeef takkan menyerah kalah!!caiyok!!!

eh kawan2 google for more info pasal ibu susuan ni eh.sy xmau ulas panjang pasal hukum.huhu.tp sy mmg penyokong tegar susu ibu smpai bile2.:P

semoga Allah murahkan rezeki 2 keluarga ini dan juga keluarga sy juga :D

Keluarga Ariq :)

Akeef ngan Kakak Iman n Mama Iman :)

cumil kan due budak ini??hehe


Wednesday, July 27, 2011

haiiii

there's a lot of thing to be told.sgtttt bnyk tp xpunya kesempatan nk menulis.cabaran breastfeeding lagi.haduiiii.I'm struggling to give my very best for my Akeef!!caiyokk ummi!


Wednesday, June 15, 2011

I say YES to public breastfeeding!!

as long as our aurah is covered,yes,I will not let my child hungry bcoz I'm shy to bf in public.
lets the pic tell ya the story.huhuhu.

@ RnR Seremban
   @Istana Hotel                  n who's hiding inside???                                                                                                 

si budak inila :)



Sunday, May 1, 2011

Tahnik baby :)


skrg sy MZ n lil Akeef ade kat Kota Bharu.balik kg jumpe tok abah n tok mommy Akeef.eh eh bukan ke dlm pantang lg?kekeke.alah,rase sihat je,leh travel,ok je..alhamdulillah,ummi akeef ni sihat lg,pantang tu cam bese je.luke pun dah beransur baik,silap2 g shopping pun boleh ni.hahahaha.

hrmm dah alang2 balik kg,sy n suami amik kesempatan ni nak tahnikkan(belah mulut ckp melayunye) lil Akeef dgn Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.saje nak amik barakah alim ulama' sbb mak abah sy ckp,anak ni kdg2 akan ikut perangai org yg tahnikkan die,so harap2 lil Akeef akan membesar jd anak yg soleh,taat perintah Allah,Rasul n ibu bapanya.

So buat parents yg nak tahnikkan anak dgn Tuan Guru ni,kena dtg ke Masjid Pulau Melaka (sebelah umah Tuan Guru) waktu Subuh ye,n seeloknye bapa bb kenala solat subuh berjemaah di masjid tu n dgr tazkirah dulu pastu.Mmg biasenye Tuan Guru akan wat majlis tahnikkan bb lepas Tazkirah di pg Jumaat.hari Jumaat tau,klu dtg ari lain xde kot.sbb mmg Tuan Guru dah sediakan dh air zam2,n kurma utk majlis ni.so klu xyah bwk air zam2 pun xpe.hehe.sbb mmg dah ade.

okeh cite pasal kitrg lak ,di pagi Jumaat yg hening,burung burung berkicauan..(haha,ni ape kau merepek ni asyizz??)heee..kul 5pg dh bgun dh,tp besela nyusukan si Akeef ni  dah 1/2 jam.tup tap kul 6 bru siap,dh azan subuh lak tu,kelam kabut aaa g masjid.dgn akeef xmandinye.sian tul syg ummi ni.dlm 15 min cmtu smpaila kitrg kt sane.semptla MZ masbuk rakaat ke 2.hee.tu pun mase sampai tu jenuhla kitrg cri parking,n mmg xdpt ponn.last2 main park ajela.nasible ok.tglla ibu dan anak didalm kete.mase dlm kete tu Akeef bgn n nak nenen.hehe.mmg nak bg pon,sbb takut die meragam mase jumpa Tok Guru nnt.then after tazkirah MZ dtg kt ktrg n mase tu g cari parking jap,mujur jumpe.

pastu,,tgk2 ramai gile org bwk baby nak tahnikkan ngn Tuan Guru.hoh...what a phenomenon.dlm 20 lebih kot baby.aiyark...penuh tu kelililing tok guru,dgn baby nangis2 uwaaa uwaaa.mujur akeef cool jer..(tp sebenornye die dh kencing kt abi die)hahaha.muslimat xleh masuk ruang solat muslimin tau.so xdptle den nak tolong MZ.sorg2 le die mendukung si tecit ni jumpa tok guru.tu pasal klu korang nak tangkap gambo kenela bwk sorg lagi lelaki,lehla capture the moments.yg sy ni sempat tgkap ape je tau.taraaaa...













keh keh dpt gambo masjid pun jdle kan,abeh dah muslimat xleh masuk ni jela dpt.huhuhu.then MZ g la beratur amik giliran,alhamdulillah dpt gak Akeef jumpa tok guru yeh.ummi xdpt pun tgk,jenguk2 dr luar pun still xnampak tok guru sbb ramai giler bapak2 bb duk keliling.haduiii.

ok folks pastu kitrg balik le ape lg..selesai sudah post ambo utk ari ni...ilal liqa'hehehe


Thursday, April 21, 2011

Akeef Zubayr ~ The Birth Story ^_^

 n the story begin...
2.30 am @ 5 Apr 2011
bgun dr tido sbb rase nak "kenc" tp tibe2 rase cam air keluar mase nak bangun dpd katil tu.eh xkan air kencing kot sbb cam xleh control.xkanla aku kencing dlm suar kot.haha.mase tu baru kuar sikit,mase dlm toilet air tu keep on mengalir.rase dah sedap dah,mmg saspek air ketuban ni.dup dap dup dah rase.then amik air semayang jap sbb nak solat isyak.(hehe,teman balik kijo trus bumm atas katil,tu yg isyak lambat tu)mase tgh solat air tu keep on turun,huwahhh dh makin takut.pas solat trus kejut Mr Z ckp air ketuban cam dh pecah ni.die bangun dgn secara paksa rela.haha.then,trus g hospital sbb mmg bile air ketuban pch kna g hospital ye,sbb takut krg baby lmas ke ape,bahaya.sampai je spital kena seluk ngn doc,aiyark xbastnye rase,mase ni xde bukaan lg,tp dh kna thn wad dh.daku tido wad le mlm tu,suami xleh tgu.adei,sedih2,mujur jap je.dlm kul 8 pg cmtu sekumpulan dr dtg  cek,haih kna seluk lg(cek plg xsukala kena seluk ni)bukaan bru 2cm,tp doc senior suh sy masuk labour room sudah sbb kes PROM(mendela ni,teman xtau,kna ty dr ye)

9 am-12pm
kena tolak pkai wilcha masuk Labor room(LR)mujur le suami teman udah sampei.xle rase lonely.
fact:@ hospital selayang hubby leh temankan mase bersalin normal eh.so jgn risau,duk sorg2 dlm LR tu.elok hubby temankan bior die tgk kite bertarung nyawa nk lahirkan zuriat die.alhamdulillah spjg duk kat LR nurse2 sume baik,sume nasihatkan baca selawat banyk2,bnyk surah 3qul,mintak Allah permudahkan sume.hrmmm,sakit ke tak sakit bersalin nni eh?ce teka ce teka.haha.sakittttttttttt,tp tahan jela.
mula2 mmg sy bertahan tanpa amik pain killer tp slps misi2 sume tgk sy sgt lmh,drg suggest amik pathedine(kebetulan pakar bius xde utk bg epidural,alaaaa,tau x sape pakar bius hospital slyg?dr harlina tau,bini angkasawan tuh)haha.ceh sempt berangan nk jumpa dr harlina plak asyizz nih.huu

pastu knala cucuk kt tepi bontot ni.hehe.xsakit pon.sakit contraction lg sakit.contraction mkin kerap,tiap x sakit sy terbgn dr tido,sakit woo,cam naik tgang sume urat ni.nasib Mr Z selalau ade d cc.haaa,satu je xbest ritu aircond kt LR ni rosak,haiyooo,berpeluh den duduk sane.dlm kul 12pm kna seluk lg,bukaan baru 4cm,pastu kna drip...then awok zzzzz..lalok sbb ubat tu.

tetibe,dlm kul 1pm,sedar2 ade dr depn tmn,nk seluk lg sekali,n taraaaaa she said i was fully dilated at that time.hoho.tibe2 our room tu penuh dgn student2 medic,laki pompuan campur.ramai okeh.tp mokcik dah xmalu dh,rase nk teran tu lg power dpd rase malu.hoho.drg jd cheerleader,motivate sy nk push ni"bagus puan,teran kuat lg,sikit lg,kepala bb dh nmpak tu"huu.bagus gak drg ade,trus smgt nk push.wlaupun awal asik teran n  kemut,so kpla akeef jap2 kuar pastu masuk blik sbb ummi die xpandai sgt push.sian die,at last drg bukak jln zappp kna potong sy punye.hehe.tp xde rasse pon.sy tgh lalok kan.sy terjga mase rase sakit je,waktu lain sume cm blur2 je.best gak ubat ni,xdela sy rase skit sgt.

last sekali,sy push kuat giler,alaaa cam nak berak tu,cuma teran lame sket je..lahirlah our lil bundle of joy.doc showed him to me n asked anak puan ni laki ke pompuan,and i said he's a boy coz nmpk his bbebird.cumilll..hehe.still mase tu lalok lg.tp hlg dh rase sakit dpt tgk die.Akeef yg mmg hot frm oven tu diletak atas my body (skin to skin)utk create bonding ibu n anak.my hubby kissed me on my forehead n said tq ...wahhh heaven je rase.moment yg xkn dilupe smpai bile2.
ok2.dahla tu kowt...tata..


Tuesday, April 19, 2011

fuhhh fuhh

eh eh...sy tgh membersihkan blog ni le ..tu yg fuhh fuhh tu.haha.sejak due menjak kurang tido ni kepala sy ngong sikit ye.owh lupe awok nak kabor,awok doh selamat melahirkan a cute little tiny man.my jantung hati,the name is Akeef Zubayr b Muhammad Za'im Zaki.the story will update later,tunggule 2,3 bulan lagi yek.haha.klu sanggup nunggu.silele.heee.n here he is..cumil cam mak die kan?hahaha.berat 2.43kg mase lahir.DOB : 5.4.2011/1 Jamadilawal 1432H @ 1.50pm @ Hospital Selayang.




Monday, March 21, 2011

BeIJiNg n TiaNjin Stoly!! ^-^ Part 2

09.01.2011 (Saturday)
kami kena bgn pg,dlm kul 8 kot nk gerak.bgn,then g bekfes.huish.pg2 sangat sojuk diluar.freezing cold.huu.Then bergerak g Kedai Jade.(hoho manyak jed mahal wooo).xde beli bnyk pun,tgk2 je.just beli souvenir.
pastu ktrg g kedai kristal.kat sini pun just window shopping coz alaaa,kristal manyak maa kat Malaysia.huhu.

Afterwards we went to Burning Cream Centre (tempat obat obatan dpd herba ya bapak2 ibu2)huuuu..di sana ade lecture le pasal produk drg ni,n penceramah drg ni pandai cakap Indonesia.kat sane,xde le ape nak beli sgt,just tgk die wat demo,"kite bakor je kite bakor je tgn die"hehehe.ni die yg bakor tgn die sendiri n then sapu krim tu walah within 10 mins dah elok dah luka die.

pastu dh tghri dah,Jessica (the tour guide )pun bwkla kami sume ke Restaurant Muslim yg berdekatan.sedap gak mknan die n siap de surau dlm restoran tu.best best.pas mkn terus solat.

diteruskan perjalanan ke GRRReat Wall Of China - yg ini klu sape dtg Beijing klu xpg rugi beso le kome.kan ke die one of the seven wonders of the world.Subhanallah,sgt terpegun dgn senibina die,yg klu xsilap sy smpai sekrg pun,engineers yg ade skrg ni pun xleh nak buat camne drg bina this wall.sangat lame nak build this wall,6 dinasti kot.n 2/3 dpd pekerja yg bina wall ni mati.hoooooo..sangat susah nak buat ini.best sgt2 dpt tgk pemandangan kat sini hokey.taaaapi mak yung dapat naik sikit jela,xleh naik tinggi2,teman duk jela kat bwh nengok suami teman,adik2 teman n even ABAH teman pun naik(wow utk abah)sakit2 kaki pun gagah jugak nak panjat.huuuu.

next place,g skiiiiiii...hoho.kat Rose Valley Resort.bestla tempat ni,sojuk lg dpd duk kat Great Wall tu.dptla kitrg merasa salji n maen ski.eh tp sy xlehla maen ski,once again tgk kanak2 riang bermain(MZ,amore n pidot)

lepaih tu p mkn, n g tido.taaapi,kat bilik sy aircond merangkap heater bilik tu cam pelik xleh nak set suhu bpe yg kite nak.ni jela yg xbestnye spjg kat sini.kitrg terpaksa berkomunikasi cam ayam ngan itik nak mintak technicalservice suh drg repair.n in the end tak resolve jgk mende ni.masalahnye bilik ktrg panas sgt,temp dlm 30'C.suhu bilik pun 26'C kan.panasssss,rase cam nak tido luar hotel plak.(tp krg jd iceman plak krg klu tido kat luar)hahaha.

10.01.2011 (Monday)
breakfast @ hotel as usual.mknn same je xberubah pun.xpela.asal halal sudah kan.huuu.heading to tian na men square perjalanan sejauh 3 km (eh eh betul ke?dah lupe)tp mmg jauhla.sbb sebelah tianamen square ni de mao ze dong mouseleum (dlm tu ade bersemadi mumia of mao ze dong) china's first president. then berdekatan dgn tu adalah the forbidden city (long journey)penat jalan but it was fun!!!berposing sakan sana sini.kekeke.best 20x.
After a really long walk we went to a foot massage centre.n woweeeee sedapnye meletak kaki kedlm rendaman air suam bercampur herba but sadly mak buyung takleh diurut sbb takut terberanak kat situ krg.haha.but org lain sume dpt massage kaki secara free.bestnye la..jealous ni sigh~
Pas massage massage then we went shopping @ handbag warehouse(gred A)punya beg.hehehe.bersinar2 je mate nengok.but mind u,kena pandai bargain ye,klu xpandai,habislaaa dpt rege mahal.
pastu g hard rock cafe jap,beli brg yg org pesan,amik2 gambo then ciou balik hotel.zzzzzz


11.01.2011 (Tuesday)
our fourth day,g silk store(bowing sbb mahal)hehe then tea house(we learnt how to drink tea chinese style)okla.then went to Olympic Stadium.sangat cumil stadium sarang burung itu n the kompleks renang sangat shantek.mlm2 klu pasang lampu lg shantek.huuhu.masa g kat sana angin bertiup dgn kencangnye n sangat sejukkkkk,sampai berdesing telinga cam nak pecah.whoaa what an experience,xpenah rase sejuk tahap ini.tahap super duper sejukkk.then g jewelery shop which is own by a Malaysian chinese(banyak citer dpt dpd die about China from his point of view).then g summer palace(kire cam istana hinggap maharaja china masa musim panas)mak aiiiiii,sejuk giler jugak kat cni.tasik habis jd ice.my dear hubby tu teringin nak pijak atas tasik tu tp dangerous tu..of cosla i x bagik kan.krg jatuh krg.ishhhhh.tp mmg ramai yg jln atas tasik tu walaupun ade signboard kate xleh(well rules are meant to be broken)hehehe.then we went solat to a mosque,solat dlm keadaan terketar2,imagine how.hahaha.
pastu g pearl market n wang fu jing shopping street kowt.besttttt sbb banyak brg murah n again kena pandai bargain.hehehe.habis sopping balik tidoooooo. 

12.01.2011 (Wednesday)
Our last day,alaaa rase sayu plak nak tinggalkan Beijing nih,huhu.kat Malaysia panass!!kekeke.tp Malaysia masih tatap menjadi pojaan hatiku!:P arini xde ape sgt coz kitrg kena bergegas ke Tianjin to catch our flight @ 3.50pm.perjalanan ikut jalan hiway amik masa 2jam.taaaapi kami memilih untuk merase menaiki CRH.hohoho.---->the fastest train in the world for the time being.syok oooo.xrase langsung kelajuan die walaupun speed die sampai 350km/h.laju kan?klu bertembung ngan train rail sebelah,1 sec je dah hilang dah.amazing!!!jadi perjalanan 2 jam pun suda jadi 1/2 jam saje.hehehe.
sampai sana cam awal le plak,so our tour guide mula2 suggest kitrg g taianjin culture street dgn bagi die 20 yuan utk naik teksi kat sana.malangnye kitrg yg suda kesengkekan xdapekla nak ikut suggestion die kan,ingat nak lepak2 je kat stesen tianjin tu,taaapi lucky us the tour guide and the driver bermurah hati belanje kitrg punya tambang cab nak g culture street tuh.waaaaa,baik kan drg.so sgtla recommended Jessica n the bus driver tuh klu korg nak g China.hehehe.
Kat culture street banyak brg2 traditional cina la kot,brg2 semayang drg,so kitrg just jln2 cuci mata jela.posing2 sana sini.hehe.then our bus sampai n bwk kitrg ke airport.sob sob sedih.ntah bilela dpt g lg ke sini.
Kat sini gak,MZ n I nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat mak abah yg sudi belanja kami sume makan angin.hohohoho.n hopefully kite dpt sama2 menunaikan Haji with the whole family ,ni abah's wish.hopefully dapatla.Aminnnn..
zài jiàn ! (gudbye)













Tuesday, March 1, 2011

sukeee

sgt syok bace ini entry..klik sini ye.


Tuesday, February 22, 2011

nak bersalin di mana?

hrmmmm..hot topic ni.klu tanye pokcik google banyak gile forum2 yang membincangkan ttg hal ini.setiap individu pasti lain experiencenye dan sy seronok membaca pengalaman2 mereka.hehe.taaaaaapi hati ini lebih tertarik nak ke Hospital Selayang(hospital gomen) sbb ape???mari kite list down pro n consnye ye




+ ia adalah hospital rakan bayi(HRB) yg menggalakkan penyusuan susu ibu sejurus selepas melahirkan anak.xkirela sama ada anda melahirkan secara normal atau c-sect.anak anda tidak akan sekali-kali diberikan FM oleh staff hospital ini.
   (mmg sy sgt teruja nak susukan anak ini,dpd pembacaan sy,banyak hospital private masih banyak lg yg    insist nak bagi baby kite formula milk (FM)  sbb nak suh kite rest..which is a big NO NO to my baby)my baby needs the colustrum that I'll produced ,bilemana colustrum ini sgt penting utk baby di awal kelahiran utk membina sistem imun badan die.
facts:kolustrum hanya keluar pada 3 ari pertama selepas kelahiran,n oleh sbb itu rugilah anak anda jika xmendapat khasiatnye.

+suami boleh temankan semasa kite nak push push tu.huhu.(sy mmg nak suami sy melihat sendiri proses kelahiran baby kami)sbb die penguat semangat sy,n nak die tengok camne susahnye bersalin itu.hoho
(harap2 sy dpt bersalin normal sbb klu c-sect suami xboleh teman :( ) tlg doakan ye..

+baby rooming in bersama dengan si ibu(24hrs).which can develop bond antara ibu dan baby selepas kelahiran.(dlm sakit2 pun kena tukarkan pampers sendiri)which I think is good bcoz practice itu penting,n membuatkan si ibu belajar utk menguruskan anak dgn lebih cekap.lagi,the most important thing mmg sbb nak breastfeed anak la.
sbb,baby baru lahir ni kite kena selalu bagi die mamam susu kite tu,yg akan boost lgi pengeluaran susu kite.

+ kos.ermmm,bg sy suami sy mmg mampu nak hantar sy bersalin di hospital swasta,utk normal delivery masih affordable utk kami.tp klu sy mengalami komplikasi nnt(kalau ye,mintak dijauhkan nauzubillah),agak tinggi kosnye dan saya tidak mahu membebankan suami sy dgn itu.walaupun suami sy insist nak sy bersalin di private hospital tp sy prefer di hospital gomen :)sakit bersalin itu tetap sama walau dimana kite berada kan,banyakkan berdoa moga Allah permudahkan urusan kite n hopefully urusan bersalin sy nnt dipermudahkan dan saya mendapat layanan yg baik drp doktor2 dan nurse2 di hospital nnt.(we have to think positive kan kan?)
dan lagi sy adalah seorang public servant,n kosnye free saje bile bersalin di hospital gomen ini)huuuuu

+rumah sy tersangatla dekat dgn hospital selayang ini.hanya 2-3 min naik kete udah sampai.hikhik,dr rumah boleh nampak bumbung sepital nila.sgtla senang bg sy.huhhuhu.(lagi pulak sy dgr fasiliti hospital ini bagus,hospital ini masih baru n ramai pakar ade kat cni)

+dan lagi,sy terpengaruh dgn kak Farah Farhan ala founder sarakids tu.kan saya pernah ikuti kelas penyusuan dengan die,so melalui pengalaman die,sy rase bersalin di hospital gomen ni not badla.sbb daripada 3 org anak,2 org dilahirkan di hospital putrajaya,dan die berpuas hati dgn layanan yg die dapat.Anak ketiga die dilahirkan di hospital private,kak Farah ckp mmg die selalu kena ingatkan nurse2 disana agar xbg FM kat anak die.leceh kan cm tu kena remind selalu.utk membaca lebih lanjut mengenai HRB ini sila klik di sini


+ramai org ckp staff2 di hospital gomen ini garangla,org ramai sgtla,xselesa apela.sedikit sebanyak menakutkan sy.tp sy berdoa tiap2 ari agar saya mendapat layanan yg baik drp mereka.bukan sume org mcm tu.hanya segelintir je yg camtu.


+owh oh sy lupe,klu bersalin kat private kite leh pilih gynae kan,yg Islamic n doktor perempuan.Selesa utk kite kan.

anyway ini hanyala pendapat sy,n sy belum experience pun lgi sume2 ni.this is all from what I've read n heard.Sy bukanlah jurucakap hospital gomen ini,hehe,itu semua terpulang kepada anda utk membuatkan keputusan.Mungkin utk ank sy selepas ini,sy akan bersalin di private.who knows rite?kite hanya merancang Allah yg menentukan. n I certainly hope for the best.:P


Tuesday, February 8, 2011

wanita dan aurat

credit to :i luv islam

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
- Artikel iluvislam.com

 ps : hrmmm sama2 kite muhasabah diri kita..termasuk sy.hehehe..


Friday, January 28, 2011

Sila klik utk menonton video ini

beijing oh beijing


Thursday, January 27, 2011

BeIJiNg n TiaNjin Stoly!! ^-^ Part 1

ok,citer ni sudah masam,kusam serta berkurap.haha.malas tul sejak akhir2 ini(eh eh bukan selalunye mmg camtu ke?~sigh~)..ok ok
Let the stoly begin ....

07.01.11(Friday)
Hari sebelum bertolak,sgt sukeee,sbb sudh cuti,amik doc's permission (letter)utk naik flight walaupun Airasia punye polisi membenarkan expectant mom yg bwh 28 mgu (mase tu sy dlm 25-26 mgu preggie)utk terrrbang tanpa kebenaran doc.tp sy buat backup,in case papehal.yeah,after jumpa doc,xpacking2 smpai ke mlm,ape kejadahnye,excited nak pg tp packing punyela malas..c c malas lagik.hikhik. Owh,hampir terlupa sy,sblm nak pg tempat sojuk ni haruslah ade persedian untuk mengkaver tubuh badan mugil ini dengan pakaian2 tebal.hoho.n as for us,winter coat sudah dibeli bundle (murah je dik non) dlm RM 25-30 je satu.dpd beli yg baru yg beratus-ratus hinggit tu..huahhh.tak kose teman,bukannye nak duk setaun kat beijing tu ha.huhu.pastu cap,mafla n glove dibeli di Sox World.(dlm RM 60 satu set)n wool socks (RM 20 dpt 2 pairs)hrmm lagi kena ade Long John (tp kami decide beli kat china je,sbb kat sane 50% lg murah dpd Msia)huhuhu.

pastu duduk menung2 tengok umah.tgu the my hubby n the rest of the family from Taiping n KL n berkumpul di rumah sy di Selayang.Mlm tu xtido pun kitrg,tido2 ayam je kot,sbb flight kul 8.30 am,n we have to gerak fr Selayang dlm kul 4pg cmtu.hoho

08.01.11 (Saturday)
Kul 4am,kitrg gerak dengan baggage melambak2.haih,sampai Sepang,singgah umah Pak Ndak Kama (mintak tlg hnto n jgakan kete)time kasih Pak Ndak n Mak Ndak(sbb sudi tlg kami sekeluarga).Kitrg smpai kat LCCT dlm kul 6am,check in.disebabkan baggage melambak kitrg pre book pun 15kg je kot terpaksala tambah lg 30 kg (tambahan 15kg=RM 30(prebook)klu kat airport kena RM40.so better pre book on9 dulu blm bertolak.save sket :P.hehe.Mak Yung ini juga kena declare yg sy preggie,n kena plak bg doc's letter(nasib de wat backup)lego den,krg xpasal2 kena tinggal sensorang kat Mesia.menangis x berlagu teman.haha.suda settel sume,kami terkocoh2 cari surau nak solat Subuh,nasib dlm terminal ade surau,after dh solat,trus gerak nak naik flight suda.gudbye Malaysia.hehehe.
Perjalanan amik mase 6hours.Tido bangun tido bangun,xsampai2 lagi..haish..sungguh bosan duk dlm plane.hoho.Akhirnya dlm 3pm sampaila kami di Tianjin Binhai Airport.cop2 lagi satu tips,klu nak tukar duit,baik tukar kat mane2 pengurup wang kat Malaysia dulu sbb kadar tukaran di China sgt mhl.baik tukar siap kt M'sia.(tp jgn tukar kat bank sbb rate bank pun mahal)g la kedai money exchange kat mane2 dulu kat Msia k.

Eh sori ye entry ni panjang le pulak.hehe.taknak bace xpe.ini catatan memori sy.nnt bile2 leh bace balik.:P.kembali kpd stoli td,sampai2 je airport nk terkucil le plak,mklumla sy kn pregie,mstila nk terkucil je kn,haha.Masuk je toilet,dh kencing siap sekali bila nak basuh....

takde air daaa....haha.klako.terpaksa beristinjak ngan tisu jap.kuar2 ade mkcik dr Msia jgk ckp,kt china ni dlm toilet ne de air kena bwk botol kosong isi kt sinki dulu,bru masuk toilet.huwaaa,patutle g2 rupenye.teman g la amik botol n isi air pastu basuh.hehe.(so sape2 nak g China,sile prepare botol kosong didlm beg anda ye)

Our tour guide Ms Jessica suda tgu kitrg n bwk kitrg kuar dpd airport.Otw nak g bas,huishhhhhh xleh teman nak kabo sejuknye dengan anginnye.menggeletor weih...-3 ke -5 kot.waaa.sejuk xterkate.haha.opah kitrg (opah dh pnh g Europe)die ckp suhu Beijing n Europe beza tul.sbb die kate kat Beijing lg sgt sgt sgt sejuk dpd Europe.hoho.sian opah terketor die.tp die kuat tau.hehe.Tips lagi : belila kasut yg fully cover ur foot ye kwn2 ,sbb sejuk die sampai ke kaki dn ke tulang) :P.n anda xakan sedo bile mase hidung anda dan mulut anda merembeskan cecair keluar.huhu.ckp leh tersembor ayor liur.(adele sorg tu yg jdik cmtu)kitrg xde.hehe.hidung asik berair je.mate pun asik berair(ni mmg sume jd cmtu)so mask tutup mulut n hidung or mafla sgt2la membantu anda ye.

Dipendekkan cite kitrg naik bas,then g Acrobatic Show.pas show tu kitrg beli long john kat tmpat acrobatic tu.murah klu nak dibandingkan dgn harga long john di Msia.Dinner at Muslim Restaurant n then masuk hotel.tido. :)


ni gambo laki bini tgh berperang.keke.



to be continued...hahaha..panjang lg neh.c u soon.daaa








Wednesday, January 19, 2011

1st birthday as a wife

I just looooooooooooooove being your wife Muhammad Za'im Zaki ^-^ XOXO


Tuesday, January 18, 2011

Tepat jam 12 mlm ini...

ahahaha..hope my dear hubby will remember.klu ade sepotong choc indulgence pun sudah cukup membahagiakan.hihihi ;p

ps-cite beijing ntah bile la nak hapdet ye.jd masam dh cite tu.tgkla klu rajin sy update ok.tp seyes otak dan hati ini masih terkenangkan kesejukan dan keseronokan holiday disana.sungguh best!!kla cow dulu ye.daaaa


Friday, January 7, 2011

Pursuit of happYness

Sape penah tgk cite ni??angkat laptop!hehe.besttttttttttttttttt giler cite ni.hoho.Inspired by true story tau cite ni.Ia mengisahkan tentang susah payah seorang lelaki mengejar impiannya dan juga pada masa yg sama membesarkan anak lelakinya.dah lame dh cite ni tahun 2006.just sy baru tgk kat tv2 baru2 ni.sangat inspirational la muvi ni,sape lum tgk g cari.rugi oo tak tgk.

tgkla macam mane isteri die tinggalkan die,die yg pd mase tu hyalah bergantunrg hidup dengan menjual alat x-ray kpd doktor2.no sales no money.saat2 die susah sgt2 pun die ttp insist nak jaga anak die,huishh...bayangkan anda kena duk di jalanan dgn sorg anak kecik(susahnye hidup die)baru sy tau hidup sy hanyala seciput je susah dpd die,tupun dah ngengade.haha.ditakdirkan die dapat intern kat satu stock firm yg beso tp without salary,(cane die nak sara die n anak kan)tp die still teruskan jual machine xray on weekend utk tampung hidup die anak beranak.n he managed to succeeed!!selepas jatuh golek golek golek,seperti jatuh ditimpa  tangga tangga tangga,die akhirnye berjaya.

sekarang die dah jadi seorng philantropist dah (xcaye g google name christopher gardner).ape itu philantropist?ala cam lebih kurang dermawan la kot,cam Bill Gates tu ha,die pun philantropist gak.One of the scene yg sy xleh lupe,Chris Gardner ni kena langgar kete,then sebelah kasut die hilang dlm kejadian,dgn kaki tgn cedera die cuba cari kasut die jugak(sbb tu jela kasut yg die ade utk intern die)last2 xjumpa gak kasut tu,terhencot2 la die g kelas intern tu dgn sblh kasut n luka2.ouch sedih banget :(berayor mate teman ni nengok.

cite ni buat saya berazam untuk bangkit drpd kegagalan sy.(wlaupun xstat lg,hehe)tp de niat dh ni.huuu.sungguh!kalu kite usaha sebaik mungkin kite boleh berjaya,walau sesusah mana pun ia,walau sejauh mana pun impian kite tu yg penting USAHA SAMPAI BERJAYA,insyaAllah ALLAH akan tolong kite dan beri kejayaan kpd kite.

ps-tomolo morning my family n i akan g holiday kat Beijing.wish us a safe journey hokeh.klu dpt jumpe snow alangkah bestnye.hehehe.(so no blogging n facebooking for the next five days,sbb kat sana blog n FB kena block).Balik nnt kite stori mori Beijing plak ye.SHeSheni for reading my blog.daaa


 
blog design by suckmylolly.com