Thursday, May 20, 2010

Puding Karamel


resipi ni sy amik dr try masak.my...just utk rujukan sy..bukan ape..asik nak kena refer resepi je setiap x masak..so letakla dlm blog,senang sy nak cari balik
Ingredients

Untuk gula karamel:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air

Untuk adunan puding
- 1 tin susu cair
- 4-5 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil gula
 
Directions

1- Mula-mula buat gula karamel tue.. Cairkan gula dengan api sederhana.. gula nie kena kacau selalu sampai la sume gula tue cair n jadik warna coklat. Jangan sampai gula tue over hangus or terover pucat.. nant karamel tak cantik n rasa pun tak sedap.. =)

2- Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air (prepare air tue siap2 kat tepi). take care tau masa masukkan air nie..nant gula tue melotop..=)

3- Lepas da masuk air, besarkan semula api n kacau2 sampai gula dan air tue larut sebati.

4- Kemudian masukkan gula karamel tue kat dasar acuan/loyang  untuk dibakar (bekas tahan panas). Sejukkan dulu pada suhu bilik then keraskan karamel nie dalam peti beku tue..

sambil tunggu tue kita buat adunan puding...

1- Masukkan jek semua bahan untuk puding dalam pengisar (blender) or pengadun (mixer).

2- Kemudian adunkan bahan2 tue sekejap jek.. jaz supaya bahan tue tersebati. Jangan sampai kembang... ketepikan then tunggu sekejap sampai gula sejuk sikit.

3- Sementara tue, sediakan dulang pembakar yang diletakkan air dalam oven (alamak tak tau la pe nama teknik nie.. heh)

4- Bila da ok,  perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan  gula karamel tadi.

5- Masukkan dalam oven yang beralas dulang pembakar yang ada air tadi dan bakar dengan suhu 160-180 darjah celcius, lebih kurang 40 minit.
- leh gak dikukus dlam rice cooker n atas dapur gas..just letakkan air dlm kuali and letakkan para atas kuali tu,then letakla dulang puding tu atas tu..then tutup kuali tu..

6- Then tunggu sambil tengok tv..=D

7- Bila da cukup 40 minit try cucuk ngan garfu tgk da masak ke tak.. hahaa.. klu dah kompem masak then sejukkan sekejap pada suhu bilik.

8- Bila da sejuk, terbalikkan puding ni pada dulang yang leper (better keluarkan dulu air gula karamel tue supaya senang nak terbalikkan)

9- Sejukkan dalam peti ais.. sila menunggu dengan sabar...

10- nyum2 yummy!! jom makan.. =D


0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com